Peneman Waktu Malam

Pada waktu malam kebiasaannya manusia normal akan mula rasa mengantuk dan tidur start jam 10 ke 11 malam dan akan bangun pada keesokkan harinya pada pukul 6 lebih untuk solat Subuh dan bersiap-siap untuk pergi ke kerja atau menghantar anak ke sekolah atau nak buat apa sahaja pada waktu pagi. Tetapi pengalaman ini tidak akan dirasai oleh mereka yang bekerja pada waktu malam kerana perlu berjaga demi mencari sesuap nasi dalam periuk :P


Air kopi O cap Sin Sing

Seperti aku, kena berjaga malam dan monitor kerja yang telah diberikan. Aku juga manusia normal jadi perasaan mengantuk itu tetap akan datang. Untuk menjadi manusia yang tak berapa normal, kita perlukan peneman setia yang mampu membuatkan mata jadi terang dan tidak mengantuk. Air kopi dan beberapa keping biskut kering. Boleh la buat alas perut di waktu malam yang sejuk lagi hening ni.


Biskut kering mini cap Munchy's

Bila dah buat air kopi ni, sangat sedap kalau dicicah dan diminum ketika panas kerana time tu la kopi mampu bertindak balas dengan mata dan memberikan rasa bertenaga untuk membuat kerja. Bila dah sejuk, nak minum pun malas, lebih teruk lagi mungkin akan terkena perut kembung.


...kemudian dicicah bersama

Akhir sekali, aku tak tahu la sama ada kopi boleh buat mata kita tak mengantuk itu merupakan satu mitos kepercayaan orang dulu-dulu atau memang ada kajian saintifik sebab kadang-kadang kalau dah mengantuk sangat pekena kopi pekat itam legam pun tak guna gak ni..haha
Previous
Next Post »
2 Komen
avatar

Guna biskut hap seng lg sedap ni hehe

Btw kami 3 sekawan baru je launch travel blog. 1st entry kami psl backpacking di New Zealand. Kalau ada masa, singgahla, boleh tinggalkan komen dan feedback ;) kalau dpt exchange link pun ok. Hehe

www.thetravelling3o.com

Terima kasih!

Balas
avatar

@www.thetravelling3o.com

hap seng biskut lejen.. :P

oh terima kasih juga datang ke sini..hehe

Balas