Pagi di ERL Putrajaya/Cyberjaya

Seperti yang sudah dirancang, seminggu yang lepas bersiar-siar di kawasan Midvalley kerana tempat aku training di sini. Untuk mengelakkan berhadapan dengan kesesakan lalu lintas yang luar biasa di kawasan Lembah Klang, aku menggunakan pengangkutan awam, ianya lebih mudah kerana tidak perlu menunggang motosikal ataupun menaiki kereta, menjimatkan masa untuk ke destinasi kerana tidak perlu pening mencari parking ataupun stuck dalam kesesakan lalu lintas.


Stesen ERL Putrajaya/Cyberjaya.

Disebabkan aku dan bini aku pun kerja di Cyberjaya, pilihan yang paling selamat serta menjimatkan ialah menaiki ERL dari Putrajaya ke Bandar Tasik Selatan dan seterusnya menaiki KTM Komuter ke Midvalley. Jumlah duit yang perlu aku sediakan ialah RM12.60 untuk tiket pergi dan balik dengan selamat. Untuk menjimatkan lagi masa yang ada, aku bawak kad touch n go jadi tidak perlu beratur panjang untuk membeli tiket walaupun aku kena beratur panjang ketika nak scan kad bila dah sampai ke destinasi..haha


Mereka sedang bersiap-siap untuk beratur menunggu ketibaan keretapi.

Satu yang aku perasan ketika menunggu keretapi di stesen ERL Putrajaya ni semua orang beratur dengan tertib dan kemas ketika ingin masuk ke dalam keretapi. Di suatu pagi pula, ada orang yang baik hati memimpin seorang pakcik yang buta masuk ke dalam keretapi. Suasana yang jarang aku lihat di stesen-stesen KTM mahupun LRT. Kesimpulannya, rakyat Malaysia sememangnya baik hati dan menjaga adab dan tatatertib..hehe


Lokasi : Stesen Keretapi ERL, Putrajaya Sentral, Putrajaya
Previous
Next Post »
0 Komen