Oh Kucing

Apabila bosan melakukan aktiviti seharian, cara terbaik untuk menghilangkan bosan terlampau ialah bermain-main dan mengusik kucing sehingga ia bengang..haha. Di sekitar taman perumahan aku ni memang banyak sangat kucing liar sampai anjing-anjing liar pun sanggup datang dari jauh ke sini semata-mata untuk menangkap kucing. Walaubagaimana pun, cubaan anjing tidak pernah berjaya kerana kucing-kucing di sini sangatlah bijak dengan menyorok di bawah kereta yang diletakkan di porch.


Bob The Builder.

Bob ialah seekor kucing peramah yang suka tidur bersama-sama manusia. Hobinya ialah menangkap apa sahaja barang yang dibaling dengan gigi. Hidupnya sentiasa tenang dan aman.


Si Puteh Melati Kasih (ni nama ikut suka hati aku)

Si Puteh ni hidupnya hanya melepak di salah sebuah restoran di kawasan perumahan aku. Hobinya hanya satu iaitu makan jika manusia menghulur makanan. Walaupun Si Puteh makan dengan banyak, saiz badannya tetap sama, tidak pernah gemuk. :P


Misteri~~~~

Ini merupakan kucing misteri yang tetap akan jadi misteri. Bulu-bulunya halus, gambar ini boleh digunakan sebagai tempat untuk kira bulu jika susah nak tido. Boleh komen di bawah jika dah tahu berapa banyak bulu yang ada di dalam gambar ni.
Previous
Next Post »
0 Komen