Nangka Masak Lemak Cili Api

Bagi mereka yang meminati masakan pedas terutamanya yang tinggal di bahagian selatan Semenanjung Malaysia seperti di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor pasti tidak akan melepaskan lauk ini. Nangka masak lemak cili api merupakan antara makanan yang paling best sekali untuk dimakan bersama nasi pada masa tengahari mahupun makan malam.

Dari jauh.....

Cerita aku start makan nangka masak lemak cili padi ni sewaktu di zaman persekolahan. Disebabkan aku bersekolah di Negeri Sembilan, maka kepedasan makanan di sana sangat berbeza dengan di Melaka. Jadi, untuk mengeyangkan perut aku yang dah lapar, aku terpaksa juga telan makanan ni, lama-lama dia jadi satu keminatan pulak. Bagi aku, lauk ni best bila dimakan bersama ikan goreng kunyit atau ayam goreng kunyit bersama nasi..pehh

Zoom dekat sikit. Bagi kecur..haha

Melihatkan gambar-gambar di atas je dah buat aku kecur, ni yang rasa nak cari lauk ni. Jarang jumpa lauk ni yang dimasak pedas di kawasan Selangor, di KL tak payah cerita la, tak wujud dah kot. Ni kalau dapat jenis kuah yang pekat dan pedas memang aku akan datang lagi la lepas ni. :P
Previous
Next Post »
0 Komen