Bukan Sekadar Nasi Ayam

Chicken Rice Shop merupakan sebuah restoran halal yang terdapat di Malaysia setakat yang aku tahu la. So bila namanya Chicken Rice Shop, orang ramai pasti ingat yang ianya hanya menyediakan makanan seperti nasi ayam yang dipelbagaikan menunya. Memang betul pun ia menyediakan nasi ayam yang dipelbagaikan menunya, contoh kita boleh pilih ayam nak yang jenis kukus ke nak yang bakau ke nak yang dipanggang ke.


Fish Cake..nyum nyum :P

Dari sini la tagline memberikan impak yang sangat penting. Tagline "Chicken Rice....and More" atau "Bukan Sekadar Nasi Ayam" akan membuatkan orang ramai terfikir yang Chicken Rice Shop ada menyediakan menu selain nasi ayam. Seperti juga restoran makanan segera yang lain, Chicken Rice Shop memang ada menyediakan makanan lain seperti yang aku order ni, namanya Fish Cake..haha.


Nasi ayam dah habis.

Pada pendapat aku, nasi ayam yang sedap merupakan nasi ayam yang mempunyai bahagian ayam seperti thigh, dada, drumstik dan sebagainya. Di Chicken Rice Shop, mereka memotong ayam itu kepada bentuk dadu dan ini mengurangkan skor dari segi persembahan makanan kepada pelanggan. Atau mungkin sebenarnya ada menu lain yang mana mereka tidak memotong ayam ini kepada bentuk dadu aku pun tau tahu la..haha

Lokasi : Chicken Rice Shop, Aeon Bandaraya Melaka
Previous
Next Post »
0 Komen