Bosan di Tempat Kerja?

Bila suasana kerja hanya duduk mengadap komputer di opis tanpa perlu banyak bergerak, memang terasa bosan. Jadi untuk menghilangkan bosan yang terlampau, kita perlukan peneman. Sepasang earphone Sony yang mampu membuatkan telinga kita tidak mendengar suasana bising di luar dan juga beberapa ketul karipap untuk mengisi perut sepanjang aku bekerja.

Earphone yang mampu menapis bunyi luar.

Beberapa ketul karipap dan donat pedas dalam plastik.

Walaubagaimana pun, aku tetap kena berjalan-jalan selepas beberapa minit atau jam untuk melonggarkan kembali otot-otot yang meregang dan juga mengelakkan berat badan terlampau. :P
Previous
Next Post »
0 Komen