Setongkol Jagung

Jagung rebus biasanya dijual di pasar malam. Kalau di kebanyakkan pasar malam di Melaka, harga jagung rebus adalah mengikut saiz jagung, semakin membesar jagung semakin tinggi harganya. Standard harga bagi setongkol jagung rebus pula dalam RM2.00. Jadi kalau kita membeli 2 tongkol jagung, harganya menjadi RM4.00. Itu cerita kalau beli di pasar malam.

Kali ni aku try membeli jagung mentah untuk direbus dan dimakan. Jagung mentah ni boleh didapati di kebanyakkan pasaraya utama seperti Mydin, Giant atau Jusco. Jagung ni aku beli di Giant dan harganya pula sama macam kita beli di pasar malam, mengikut kuantiti. Setongkol jagung ni harganya dalam singgit lebih jadi aku beli 5..hehe.


3 tongkol jagung, bersiap sedia untuk direbus.


Setongkol jagung sedang direbus dengan gembira.

Perkiraan aku bagi setongkol jagung
  1. Beli di pasar malam - RM2.00
  2. Beli di Giant dan rebus sendiri - RM1.00
Maka, untuk setiap tongkol jagung yang dijual di pasar malam, penjual akan mendapat untung sebanyak RM1.00. Ok la tu, jual jagung ni tak perlu bersusah payah pun, just tanam jagung di rumah dan jual di pasar malam..hehe.
Previous
Next Post »
0 Komen