Refleksi 5

Malaysia mempunyai banyak tempat yang boleh menenangkan fikiran semua orang tak kira tua ataupun muda, lelaki mahupun perempuan. Selain dari keindahan lautan luas serta pantai yang menyediakan angin yang sepoi-sepoi bahasa, kita juga ada banyak hutan-hutan hijau yang mampu memberi ketenangan kepada mata.


Naik kereta kabel mampu memberikan pemandangan yang best.

Untuk naik ke Genting Highland, kita boleh menggunakan pengangkutan sendiri seperti motor atau kereta ataupun menaiki kereta kabel. Menaiki kereta kabel sangat best kerana kita boleh menyaksikan pemandangan hutan-hutan tebal sepanjang perjalanan yang memakan masa hampir setengah jam. Kepada mereka yang menghidapi penyakit kronik seperti sakit jantung atau lelah, janganlah naik kereta kabel kerana nafas kita mungkin akan sesak sedikit kerana peningkatan altitud.


Pemandangan hutan dan bukit-bukit di sekitar Genting Highland.


Lokasi : Genting Highland, Malaysia
Previous
Next Post »
0 Komen