Makanan Bergoreng di Pangkor

Sebenarnya aku expect akan berjumpa dengan banyak makanan laut di kawasan pulau memandangkan orang-orang sana pun mencari rezeki dengan menangkap hasil lautan. Tapi mungkin belum nasib aku lagi la kot untuk berjumpa dengan kawasan makanan laut di Pangkor..haha. Uniknya ada banyak kedai yang menjual makanan bergoreng, sama seperti kedai-kedai makan yang ada di kawasan semenanjung. Lagi uniknya, dah 2 kedai berlainan yang aku pergi semuanya menyediakan makanan dalam kuantiti yang banyak, memang memuaskan hati perut aku.

Ini mee goreng yang diorder mak mentua aku.

Ha cuba tengok mee goreng tu, penuh dengan isi-isi seperti udang, sotong, ada ayam sikit dan yang paling penting kuantiti mee tu banyak. Ni harganya RM6.00 kalau tak silap aku. Harga kena dengan kuantiti makanan.

Ini pula nasi goreng kampung. Aku order la..hehe

Nasi goreng kampung tu aku tak sure kalau dia datang sekali dengan pakej telur mata ataupun makcik tu salah amik order ke. Takpe, yang penting kuantiti masih banyak..haha. Aku memang sangat recommend pada sesiapa yang ingin pergi ke Pulau Pangkor dan melepak di kedai makcik ni sebab makanan dia sedap. Aku tak ingat pulak nama kedai tu tapi dia terletak di kawasan pantai Teluk Nipah, depan kedai dia ada orang jual nasi ayam.


Berkaitan Pulau Pangkor
Persekitaran Pulau Pangkor
Review : Puteri Bayu Beach Resort

Lokasi : Pantai Teluk Nipah, Pulau Pangkor
Previous
Next Post »
0 Komen