Keropok Tahun 90'an

Definisi keropok lejen ialah jenama keropok yang telah bertahan lama di Malaysia dan masih bertahan sehingga sekarang. Bila kita menikmati keropok-keropok tersebut, pasti akan menggamit memori silam, mungkin ada di antara kita yang pernah curi-curi beli keropok semasa di sekolah ataupun menghabiskan kesemua duit belanja hanya kerana tak tahan nafsu ingin makan keropok..hehe.


Keropok ikan popo.

Keropok ikan popo ni antara keropok yang paling popular sekali. Biasanya dijual dalam peket plastik kecil berwarna putih yang berharga 30 sen. Pada zaman persekolahan aku dulu, aku selalu membeli benda alah ni lepas balik sekolah ketika menunggu bas datang.


Super Ring dan keropok durian.

Keropok durian ni pulak memang betul-betul keropok durian. Baunya semerbak durian bila kita buka peketnya..haha. Persamaan di antara keropok durian dan super ring ni ialah isinya yang agak sedikit, kadang-kadang bengang gak aku tengok keropoknya sikit..haha.

Manakala keropok Super Ring ni pulak menggunakan konsep tagline KFC iaitu it's finger linkin good. Bila makan keropok ni je mesti kena hisap jari untuk menghilangkan kesan keju yang banyak melekat pada jari jemari yang lembut itu.
Previous
Next Post »
0 Komen