Hattrick - PKFC 3-0 JFDA

Hari Sabtu yang menarik ini disajikan dengan perlawanan bola sepak Liga Bawah 19 Tahun Green And White Challenge. Perlawanan di antara Purificity Kids menentang Juniores da Fundação Desportiva de Azambuja dari negara Portugal bertempat di padang permainan di Stadium The Electricity 7. Rekod kehadiran menunjukkan seramai 163 penonton telah hadir yang rata-ratanya terdiri daripada saudara-saudara terdekat pemain bola sepak yang bermain pada kali ini.

Kesebelasan utama yang didaftarkan oleh kedua-dua pengurus kelab adalah seperti berikut

Purificity Kids (Malaysia)Juniores (Portugal)
Saad Mohd Afi (GK)Sebastião Gouveia (GK)
Cheng Lai Woon (LB)Joaquim dos Ramos (LB)
Lau Chu Shi (CB)Eugénio Leonel (CB)
Amit Mukkamalla (RB)Máximo Neves Costa (CB)
Sofian Farhan (RM)Zeca Silva Amorim (CB)
Amirul Farhan Talib (CM)Faustino Silva David (RB)
Mah An Qiang (CM)Eurico Costa (LM)
Mohammad Ayyub Syamsir (RM)Abílio Ribeiro Silva (CM)
Bakhtiar Amaluddin (CF)António Dinis Santos Araújo (CF)
Thaha Mohd Indra Putra (CF)Radomyr Karaulnyi (CF)
Zarif Ayyub (CF)

Purificity Kids mendahului seawal minit ke-9 apabila pemain pertahanan Amit Mukkamalla berjaya menyumbat gol hasil kesilapan pertahanan lawan yang nampaknya memberikan laluan mudah kepada Amit untuk merembat gol ke arah pintu gol. Purificity Kids sekali lagi berjaya menyumbat gol kedua hasil kesudahan yang menarik dari penyerang Thaha Mohd Indra Putra. Pada separuh masa pertama, perlawanan nampaknya berpihak kepada Purificity Kids yang memegang hampir 70% manakala pasukan Juniores 30%.


Thaha dan Bakhtiar meraikan jaringan kedua..lol :P

Pada separuh masa kedua pula, tidak banyak aksi yang mendebarkan kecuali pada minit ke-68 apabila Purificity Kids menjarakkan jaringan gol dengan gol ketiga hasil daripada penyerang Thaha Mohd Indra Putra dengan larian dan teknik penyudah yang berbisa. Manakala penyerang Juniores, Radomyr Karaulnyi dikenakan kad kuning pada minit ke-89 apabila beliau melakukan kesalahan menarik baju pihak lawan.

Tamat perlawanan menyaksikan pasukan Purifity Kids menang dengan jaringan 3-0 dan naik untuk menduduki tangga ke-12 daripada 16 pasukan dalam liga ini. Sekian laporan Sukan Mohd Nasri dibawakan kepada anda oleh blog Mohd Nasri untuk permainan Hattrick.
Previous
Next Post »
0 Komen