Dunia Lelongan di Hattrick

Hattrick merupakan sebuah permainan bola sepak berasaskan web browser. Hattrick membolehkan kita memiliki dan menguruskan pasukan bola sepak seperti di alam nyata..hehe. Dalam Hattrick, kita boleh menguruskan pemain, setting training, besarkan stadium, menganalisis pemain di setiap match dan yang best sekali boleh beli pemain lain.

Cerita pasal beli pemain lain ni, di Hattrick, mereka menggunakan konsep lelongan awam. Setiap pemain yang dijual boleh dibeli dengan menawarkan harga dari pihak kita. Kalau bernasib baik, pembelian pemain akan menjadi mudah. Kalau tak bernasib baik macam kes aku ni, boleh la tengok beberapa kelab juga bid pemain yang sama. -_-"


Perang bid pemain bermula. Start dengan harga MYR 250000 (tak sempat nak snap gambar)


Siap guna autobid lagi. Aku tak paham menatang apa autobid tu.


Dah dekat setengah juta dah ni, belum ada yang mengalah.

Perang punya perang tiba-tiba masuk lagi satu team berperang bid untuk player tu. Paling best sekali, dia start bid harga satu juta, cam haram gak rasanya..haha. Nasib baik duit banyak, so sambunglah perang start dengan harga satu juta. Kelab FC Neway yang dok perang bid dengan aku dah withdraw dah bila tengok bid naik satu juta..haha


Dari MYR 656000 terus naik satu juta..haha

Akhir sekali, perang bid mestilah dimenangi oleh aku dengan bid MYR 1 280 000. Sepanjang aku main Hattrick ni, ni la first time aku kena perang bid dengan teruk sekali..haha. Pemain yang aku beli ni ok la, rating dia 6-7 star setiap match dan bermain di posisi striker, so harap-harapnya dia boleh score dengan banyak..hehe


Bukti team aku menang perang bid player..haha
Previous
Next Post »
0 Komen