Matahari Terbenam di Pantai Merang

Percutian pada bulan Mac lepas boleh aku katakan rezeki. Asalnya tempah bilik di Merang Suria Resort menggunakan Agoda.com tapi pihak Agoda hantar emel dia mintak tukar resort lain yang paling dekat. So mereka tempahkan untuk Sutra Beach Resort, lokasinya agak sebelah la jugak dengan Merang Suria Resort. Dalam emel pun dia dah beritahu aku dapat bilik view bukan pantai. Last last bila aku sampai di resort, dia bagi aku bilik view pantai..hehe.

View seperti di bawah ni bukan senang nak dapat lebih lebih lagi bila kita dah biasa dengan view di bandar. Memang sangat cantik sekali.

View pada pukul lebih kurang 6.45 petang

Pukul 6.50 petang

Ni aku rasa time dah nak maghrib ni.

Time pergi ni ombak dia memang agak kuat. Padahal dah bulan Mac dah. Tapi ni la first time aku tengok Laut China Selatan. Ni asyik asyik tengok Selat Melaka je..haha.

Lokasi : Pantai Merang, Terengganu
Previous
Next Post »
0 Komen