Rumah di Nilai Impian

Rumah. Kebanyakkan orang pasti mempunyai impian memiliki rumah sendiri, rumah sendiri yang bermaksud kita boleh buat sesuka hati dengan rumah itu contoh seperti melakukan modifikasi rumah, menghiasi rumah, tampal itu tampal ini, gantung sana gantung sini, time puasa aktiviti mengecat rumah pula bermula..haha. Aku pun ingin memiliki rumah sendiri, ia merupakan impian aku yang terakhir selepas berjaya memiliki kereta sebelum ini. Jadi, bagi menunaikan hasrat itu, aku ke Nilai Impian di mana projek terbaru Sime Darby Properties dilancarkan. Projek Quartro namanya, disebut sebagai fasa terakhir bagi rumah jenis Delfina, menawarkan rumah yang bersaiz paling besar dalam keluarga Delfina. Yela mau tak besar, saiz dia 24 x 73.


Bila aku masuk show unit tu, pehh besar kot rumah dia. Ni kalau aku ada 10 anak pun still ada ruang untuk dorang bermain..hehe. Siapa yang beli rumah ni memang puas hati la. Kemasan dia ok, lokasi setiap bilik tidur di tingkat 1, lepas tu ada bilik tidur untuk pengasuh atau tetamu yang ingin bermalam. Rumah ni ada 2 jenis, jenis rumah yang ada bilik air di setiap bilik dan lagi 1 jenis rumah yang hanya bilik master room je ada bilik air sendiri.


Gambar-gambar ni snap di tingkat bawah je. Tingkat atas tak sempat nak snap sebab excited tengok rumah ni..haha. Harga dia pun boleh tahan gak, dalam RM570,000.00. Mungkin bila dah siap nanti harga dia boleh naik sampai RM700,000 - RM800,000 sebab rumah dia saiz besar.


Akhir sekali aku tak dapat pun beli rumah ni sebab lot bumi dah habis. Mana nak cekau duit muka 10% cash.. -_-"
Previous
Next Post »
0 Komen