Makanan Berasaskan Ayam

Hari ini kita bercerita mengenai ayam. Ayam merupakan haiwan darat yang paling banyak digunakan dalam masakan di Malaysia. Jarang sekali aku dengar ada orang alergik terhadap makan daging ayam..hoho. Aku juga peminat setia masakan menggunakan daging ayam, dari lauk kari ayam, sambal ayam, sup ayam sehingga kepada ayam panggang, satay ayam, ayam masak lemak cili api. Aku paling suka ayam masak lemak cili api sebab dia pedas. Satu hari ni, tekak aku rasa kempunan nak makan masakan ayam yang ke arah western, jadi aku pergi kedai makan di Bangi dan order chicken chop.

uuuuu..tengok sos dia ada minyak minyak sikit..pehhh

Chicken chop yang aku order ni harganya RM12.50 dan semestinya di kedai Melayu. Mana mungkin aku akan pergi kedai mamak dan order benda ni..haha. Bukan nak diskriminasi orang mamak tapi tekak aku belum bersedia untuk menerima makanan mamak secara total, kadang-kadang boleh la. Cukup la untuk memenuhkan perut aku pada ketika aku sedang berlapar dan mencari kedai menjual chicken chop.

Ayam bbq digoreng sampai hitam tapi sedap.

Ayam bbq yang aku makan ni pulak, aku beli di Giant. Harga? Sangat murah. Hanya RM1.00 untuk 3 ketul ayam yang besar dan berisi. Tak tahu sama ada memang ada promosi tapi kena cari ayam promosi ataupun pekerja salah letak harga. Nak kata ayam expired, dia tak tampal lak tag "Reduce to clear". Memang rezeki aku la ni..hoho
Previous
Next Post »
0 Komen