Oceanic Point of Inaccessibility

Oceanic Point of Inaccessibility ialah satu titik lokasi di Bumi yang terlalu mustahil untuk diakses oleh manusia. Ada banyak jenis titik lokasi mustahil (di kawasan Kutub Utara dan Selatan dan juga kawasan-kawasan permukaan Bumi).

Aku ambik titik lokasi di kawasan lautan sebab aku rasa sangat mustahil bagi manusia untuk lalu di sini...haha. Menurut wikipedia, kawasan darat paling dekat sekali ialah 3 buah pulau kecil yang terletak paling dekat pun 2688 km. Nama femes untuk titik lokasi ni orang panggil Point Nemo.

Jadi pada mereka yang suka mengeksplorasi lautan sila hafal koordinat di bawah. Kot kot bukak gps tengok sama je koordinat seperti di bawah, pandai-pandailah survive ye..haha


Sedikit fakta mengenai Point Nemo

  1. Nama "Nemo" diambil dari watak Kapten Nemo berdasarkan novel Twenty Thousand Leagues under the Sea nukilan Jules Verne.
  2. Dalam masa tertentu, stesen angkasa lepas ISS akan berada lebih kurang 400km dari titik ini, jarak yang paling dekat berbanding di mana-mana lokasi di Bumi.
  3. "Nemo" dalam bahasa Latin bermaksud "no man" atau tiada orang. Memang kena dengan keadaan di sana.

Lokasi : Point Nemo, Lautan Pasifik Selatan (48° 52′ 36″S 123° 23′ 36″W) 
Previous
Next Post »
0 Komen