Kesihatan Motor

Gambar di bawah ini diambil ketika motor aku sedang dibaiki oleh pomen yang aku percaya..haha. Hanya kerana minyak hitam yang berharga RM27.00 (Shell AX7) dah habis, aku terpaksa membelanjakan duit lebih kurang seribu ringgit (kena tipu + tukar baru) untuk blok motor yang dah jammed + piston terbakau.

Kenapa jadi begini? Disebabkan aku tak cek paras minyak hitam motor di highway, dah dekat dengan RnR Seremban tiba-tiba motor aku stop dan tak boleh start. Tempat start motor tu dah jam. Tengok tengok minyak hitam dah kering..hehe.

Proses membuka bahagian enjin motor.

Blok baru, segar dari kedai motor.

Disebabkan blok baru, aku tak boleh bawak motor lebih 60kmj dan melayang duit RM500..huhu

Lokasi : Bukit Katil, Melaka
Previous
Next Post »
0 Komen