Info Blog : Budaya Spam

Kali ini aku akan bercerita mengenai budaya spam yang semakin berleluasa. Dalam konteks entri ini, spam yang aku maksudkan ialah kita dah publish sesuatu entri lepas itu menyebarkan entri kita itu di mana-mana laman web sosial seperti Facebook, Google+ atau forum-forum. Memang tak dinafikan, dengan menyebarkan entri di mana-mana laman web, memang akan ada orang klik dan pergi ke blog kita. Salah satu cara untuk menjana trafik yang tinggi dan memperoleh pengikut setia.


Tetapi, kita harus faham, dalam mengejar trafik yang tinggi semata-mata nak menyakinkan pengiklan bahawa blog kita mampu menjana pendapat yang tinggi sebenarnya tidak berapa betul. Kita kena fikir perasaan orang yang berada di situ. Contoh situasi, kebanyakkan blogger mempunyai page sendiri di Facebook, page itu dibuat untuk mencari pengikut di Facebook dan sebarkan entri-entri yang blogger itu dah buat di situ. Tiba-tiba ada blogger lain tidak rasa segan silu menyebarkan link entrinya di page blogger tersebut. Kalau 1 mungkin dimaafkan, ini kalau entri blogger melebihi owner page tersebut sampai dah jadi macam page blogger lain pulak, memang tak beretika la kan.

Gunakan cara yang betul untuk menyebarkan entri itu. Jangan risaulah, jika entri itu menarik dan bermanfaat, dijamin ramai orang akan baca, mungkin juga ada orang akan share entri itu di tempat lain. Situasi ini memang benar-benar berlaku, tak percaya? Cubalah sendiri. Aku sangat yakin sebab ada beberapa entri dalam blog aku ni pernah masuk dalam laman web antarabangsa..hehe.
Previous
Next Post »
0 Komen