Ujian Android OS dalam VMware

Antara benda yang paling nice la aku buat setakat ni menggunakan VMware. Android OS ialah sistem operasi mobile yang biasa kita tengok dalam telefon bimbit generasi terkini. Tapi kali ni, disebabkan aku belum ada duit untuk membeli enset Android, maka aku run dalam komputer jela..haha. Ada satu projek komuniti yang dipanggil Android x86 yang membolehkan sistem operasi Android dijalankan dalam komputer. Lebih kurang macam Hackintosh la..hehe.


Macam biasa la, bila nak run virtual sistem operasi ni memang ada je masalah. Sama je dengan Android ni. Masalah utama yang aku hadapi ialah bagaimana nak bajet saiz di antara internal memory phone dan fake SD card. Salah setting aku kena ulang balik install. Ada la dekat 7 kali aku ulang balik install benda alah ni..haha.


(No service) mungkin bermaksud Android tak detect apa-apa simkad so dia pun tak tahu network provider apa yang aku guna, padahal tipu je..hehe



Versi Android yang aku install ialah 2.2 iaitu Android Froyo..hehe. Cuma Android yang aku run dalam pc ni tak boleh root la sebab Android x86 ni open source jadi kita boleh sesuka hati nak modify source code dalam Android ni tapi kena masuk debug mode la time boot manager nanti.


Akhir sekali, aku rasa ni software yang paling popular kot untuk pengguna Android yang menggunakan Facebook. Friendcaster Pro for Facebook. Jadi, siapa yang baca entri aku ni kompem tahu bagaimana aku boleh update status via Friendcaster Pro for Facebook..hehe. Sekian laporan dari VMware Workstation 8.
Previous
Next Post »
0 Komen