Pilihan Hos Untuk Download

Pertama kali, aku ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada mereka yang beragama Islam. Semoga puasa kali ni lebih bermakna dan diberkati-Nya. ^_^. Kali ini aku ingin berkongsi beberapa hos laman web yang paling best sekali untuk download. Sekarang ni terlalu banyak laman web yang menyediakan tempat untuk menyimpan fail dan download seperti Rapidshare, Mediafire, Filesonic dan Fileserve. Untuk kaki download macam aku ni ha, semestinya aku mencari tempat download yang laju, stabil dan paling penting sekali, free..haha. Jom kita tengok.

1. Megaupload

Megaupload merupakan pilihan paling utama sekali untuk download file yang bersaiz besar. Tapi, apa yang aku nampak ialah jarang sekali uploader mengupload file di sini kerana Megaupload ni agak kurang mesra dengan uploader sebab tiada point yang diberi kalau filenya kerap didownload..hehe. Di bawah ni antara sebab kenapa aku suka download file dari Megaupload
  • Support software download accelerator seperti IDM dan Flashget.
  • Boleh resume kalau download guna JDownloader, dengan syarat, JDownloader kena exit dulu.
  • Tak perlu disconnect Internet lepas habis download, terus boleh download file yang lain.

Megaupload. Kena block dengan SKMM..huhu


2. Mediafire

Mediafire ni memang paling terbaik dalam semua hosting. Tapi kenapa nombor 2? Sebab aku belum nampak lagi uploader upload file bersaiz besar (lebih 1.5GB) di sini. Kebanyakkan yang aku jumpa, software yang bersaiz paling tinggi 500MB. Trend sekarang yang aku nampak di Malaysia, uploader menggunakan Mediafire sebagai tempat untuk hos file movie.

3. Rapidshare

Aku dah lama guna Rapidshare, dalam tahun 2006 macam tu la. Time tu kalau tengok di forum-forum warez, mereka banyak upload file di Rapidshare. Sebab paling utama ialah mereka dapat Rapidpoint yang kemudiannya boleh digunakan untuk menebus akaun Rapidshare yang baru, dan jual balik kepada sesiapa yang nak. Side income. Tapi sekarang jarang sekali nampak uploader bubuh file di sini. Sebabnya? Sekarang Rapidshare memang tengah rapid membuang file-file pirate. Kenapa aku suka Rapidshare?
  • Dulu support IDM, sekarang tak boleh, kena guna JDownloader.
  • Download rate agak stabil, jarang sekali drop melampau-lampau (kecuali kalau time tu aku tengok Youtube la..hehe).
  • Kalau bernasib baik, dapat download terus tanpa perlu menunggu "Waiting time".

Interface Rapidshare tahun 2007


4. Filesonic

Sebenarnya, Filesonic ni agak baru dalam dunia hosting file. Kalau dulu, uploader biasanya akan upload file ke Rapidshare dan Hotfile, tapi disebabkan 2 makhluk hosting ni kerap mendelete file-file pirate, mereka pilih Filesonic dan Fileserve. Aku tak tahu nak cakap ok ke tak Filesonic ni sebab aku jarang download guna hos ni. Cuma yang tak bestnya, Filesonic tak support software download accelerator, melainkan kalau guna JDownloader..hehe. Lepas tu, kena taip CAPTCHA dan perlu tunggu 30 saat sebelum mula download. Agak melecehkan.
Previous
Next Post »
0 Komen