Bazar Ramadhan Sekitar Melaka Tengah

Untuk post kali ini, aku nak kongsilah beberapa tempat sekitar Melaka Tengah, diulangi, MELAKA TENGAH sahaja sebab aku takut nanti ada orang komen tak puas hati sebab tempat selain daripada Melaka Tengah tiada dalam senarai seperti dalam post senarai pasar malam sekitar Melaka Tengah yang aku post tahun lepas..haha. Ni pun senarai tak lengkap kot, antara bazar yang aku dah pergi je ni. So, bolehlah plan nak beli makanan untuk berbuka di mana.
  • Bazar Ramadhan Peringgit
    - Ada Ayam Golek Bachang..hehe

  • Bazar Ramadhan dan Pasar Tengah Malam Taman Cempaka
    - Depan Melaka Sentral, boleh asah skill menyempit-nyempit..haha
  • Bazar Taman Cempaka. Sumber

  • Bazar Ramadhan Kampung Tun Razak, Bukit Katil
    - Tak banyak sangat pilihan. Pukul 2 petang orang dah start prepare gerai..huhu

  • Bazar Ramadhan Taman Tasik Utama
    - Berdekatan dengan Sekolah Kebangsaan Tun Syed Ahmad Shahabudin, pun tak banyak pilihan.

  • Bazar Ramadhan Telok Mas
    - pukul 5 waktu puncak

  • Bazar Ramadhan Duyong
    - Dalam Taman Sri Duyong

  • Bazar Ramadhan Melaka Baru
    - Di Taman Batu Berendam Putra

  • Bazar Ramadhan Taman Muzaffar Shah dan Ayer Keroh Height
    - Tak berapa banyak sangat pilihan

  • Bazar Ramadhan Pantai Klebang
    - Sepanjang jalan di pantai Klebang, aku sarankan bawak motor je.

  • Bazar Ramadhan Bukit Beruang
    - Pergilah kalau nak rasa macam duduk di overseas.

  • Bazar Ramadhan dan Uptown MITC
    - Makanan tak banyak, tapi pakaian untuk raya ok la kot..haha.

  • Bazar Ramadhan dan Pasar Malam Dataran Pahlawan
    - Aku belum pernah menjejakkan kaki di sini, macam terperasan jela time nak balik dari jamuan kelas..hehe.
Bolehlah serbu mana-mana bazar yang ada, dan juga yang tiada dalam senarai ni. Cuma beli tu berpada-padalah ye, beli sekadar mengikut keperluan perut. Jangan ingat bahawa 1 perut tapi beli juadah berbuka sampai boleh memuatkan makanan itu ke dalam 5 buah perut. Sekian terima kasih..hehe
Previous
Next Post »
2 Komen