Ujian Mac OS dalam VMware

Aktiviti aku semasa ketiadaan kelas. Disebabkan kelas hanya berlangsung selama 2 hari seminggu je, aku memang tak tahu nak buat apa. Ditambah pula dengan ketiadaan duit untuk berjalan-jalan, mengadap komputer jela. Aku dah lama mendownload Mac OS X Snow Leopard versi hackintosh ni, sebab aku memang teruja untuk mencuba sesuatu yang baru sebelum mendapat kerja tetap nanti..hehe. Plan asal aku ialah untuk install Mac OS ni dalam hard disk tapi aku rasa baik aku try dulu install dalam virtual machine, sebabnya ialah aku memang tak pernah lagi menformat komputer menggunakan Mac OS. Apa-apa error pun aku senanglah untuk menggoogle nanti.


Untuk install dalam VMware ni bukanlah sesuatu kerja yang mudah. Benda paling utama aku kena hadapi ialah processor aku tak menampung fungsi "hardware virtualization". Since banyak forum yang aku baca, requirement paling utama untuk run Mac OS dalam VMware ialah kena ada fungsi "hardware virtualization". 1st try install dalam VMware memang ada error. Pehh, perah otak aku fikir bagaimana untuk install je Mac OS tanpa perlu ada requirement tu. 2nd try install, berjaya sedikit. Aku dapat masuk dalam Mac OS installation disc dan boleh format virtual hard disk kepada standard Mac OS file system iaitu Mac OS Extended (Journaled).


VMware pun berjaya install Mac OS X Snow Leopard dalam virtual hard disk aku. Tapi bila restart je, keluar error (dalam Mac OS dia panggil kernel panic..haha). Try kali keempat, keluar error gak tapi bukan kernel panic. Kali kelima aku berjaya gak masuk dalam Mac OS setelah benda paling simple aku tak tick semasa install iaitu Boot X86, dimana Mac OS akan diboot dalam sistem 32-bit kerana Windows 7 aku versi 32-bit.


Promote Google+..hehe


Alhamdulillah, setelah aku memerah otak, akhirnya dapatlah seperti dalam gambar-gambar di atas ni. Ilmu baru bagi aku, explore operating system yang baru iaitu Mac OS X Snow Leopard (dalam VMware menggunakan komputer bukan Apple..hehe)
Previous
Next Post »
2 Komen
avatar

bagi saye lagi best kalau gune laptop dier, nanti boleh rase penggunaan trackpad dier yang guna 5 jari =)

Balas
avatar

@ shipa

haha..jumpe gak trackpad tu dlm system preference rasenye..igtkn mcm mouse pad kt laptop biase je..

Balas