Dikesempatan ini, aku dari Blog Ini Bukan Coklat ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada semua rakan kelas 4 BENE 2011 kerana telah berjaya mencipta suatu kenangan indah yang memang takkan dapat dilupakan. Kenangan ini akan tersemat jauh di lubuk hati semua sebelum berakhirnya perjalanan merempuh semester khas yang terpaksa diambil..haha. Terima kasih kepada AJK jamuan yang sentiasa memerah otak memikirkan yang terbaik untuk dinner, juga kepada rakan kelas yang datang pada malam tersebut kerana menjadikan suasana jamuan lebih ceria. Tak lupa juga kepada mereka yang tak datang, harap dihalalkan segala makan minum. Aku doakan semoga semuanya akan menjadi yang terbaik pada masa akan datang.
Mereka memang ceria dan sengal..hahaTerima kasih sekali lagi dan semoga berjaya di masa akan datang. ^_^

0 komen:
Post a Comment
- Sila klik pada post comment sekali lagi jika komen tidak boleh dihantar
- Gunakan ID blogger untuk menampakkan avatar di sini