Aku lupa nak cerita pasal benda ni dulu, sebab terlalu sibuk memikirkan kesihatan abah aku dan beliau selamat pulang ke rumah hampir 2 minggu sudah..hehe. Jadi, pada 2 Julai 2011, abah aku suruh aku beli kek di Mydin untuk menyambut ulangtahun kelahiran mak aku yang ke-43 tahun dan disambut di wad abah aku. Cool. 1st time aku sambut dalam wad..haha. Tapi bukan semua staf di situ sama-sama menyambutnya, cuma aku, mak dan abah aku je yang sambut. Lagipun bilik abah aku tu memang 2 pesakit je yang ada, jadi takdelah orang lain nampak..hehe.
Aku ingat nak beli kek perasa vanilla tapi di situ cuma ada perisa coklat je. Dalam banyak-banyak kek, aku tengok kek ni macam sedap je, tu yang aku sambar 1..haha. Sedap tu memang sedap la tapi sampai hospital je kek ni dah cair. Maklumlah bawak motor, time tu panas + angin kuat, memang melambung-lambung kek aku bawak, sampai hospital je kek ni dah senget sebelah..hahaha.
Pehh, aku memang tak makan buah ceri ni sebab rasanya pelik. Aku makan sikit je lepas tu keluarkan balik..haha. Mak aku je makan buah ceri ni, sedap katanya. Nasib baik time sambut birthday mak aku ni, tiada nurse atau doktor masuk, kalau tak memang kena ceramah la ye.
Akhir sekali, selamat menyambut hari kelahiran mak yang ke-43..hehe.
Sambut Birthday Mak di Hospital
Nama saya ialah
Mohd Nasri Md. Nasir
Sunday, July 17, 2011
Kategori :
Personal

2 komen:
Hmm.. cuba taip khaltamarplus dot com. Untuk diabetes (kencing manis) darah tinggi dll. Kira yang berkaitan dengan perut, salur darah dan sistem perkumuhan mujarablah. Perubatan herba.
@ Shahiran
apa yang saudara cuba nak komen di sini? minta maaf saya agak tidak suka dengan komen-komen yang tidak ada kaitan dengan post yang saya buat..jika saudara mahu iklan di blog saya, boleh pergi ke chat..terima kasih..
Post a Comment
- Sila klik pada post comment sekali lagi jika komen tidak boleh dihantar
- Gunakan ID blogger untuk menampakkan avatar di sini