Perubahan Pada Produk Google

Sebenarnya aku dah lama perasan yang produk-produk Google mengalami perubahan besar terutamanya dari segi interface dan susunan layout. Ada di antaranya masih dalam percubaan, ada juga yang dah selamat ditukar contohnya Blogger.com. Oh ye, aku dengar cerita Blogger.com bakal berubah nama menjadi Google Blog. Nampak lebih menarik juga namanya tu..hehe. Since aku pengguna Google tegar, memang aku dapat tengok perubahan ni, mungkin sebab mereka nak integrate dengan Google+ kot.


Blogger dashboard.



GMail interface baru


Interface baru Gmail ni masih dalam peringkat tak rasmi, tapi kalau nak tengok preview interface baru dia, pergi ke mail setting dan pilih theme Preview (Dense).


Youtube versi Cosmic Panda


Google menamakan projek penukaran interface Youtube baru iaitu Cosmic Panda. Tak semua orang dapat tengok interface baru ni secara automatik kerana ianya masih dalam peringkat ujian. Untuk menukar ke interface baru, boleh pergi http://www.youtube.com/cosmicpanda dan ikut je arahan di situ. Youtube juga sedang dalam ujian untuk play video menggunakan HTML5. So mungkin lepas ni tak perlu guna plugin Adobe Flash dah. Untuk tengok preview HTML5 boleh bergi ke sini http://www.youtube.com/html5 dan ikut je arahan dan syarat-syarat yang ada di situ.


Google Profile


Google Profile ni dah macam Google+ pulak..haha. Tapi bezanya ia bukan profile sosial, cuma ia merupakan pengenalan diri dalam akaun Google. Aku menunggu gak bila Google nak jemput aku masuk dalam Google+..haha.
Previous
Next Post »
0 Komen