Info Blog : Ejaan

Pada hari ini, aku akan bercerita dan mengulas sedikit mengenai apa yang aku tahu sepanjang aku berblog..hehe. Ye, aku mula membuka blog ini pada tahun 2008, sepanjang blog ini dibuka, aku rasa lebih beribu entri di blog orang lain yang aku dah baca. Lagi banyak membaca, lagi banyak ilmu pengetahuan. Tapi, apa yang aku perasan ialah kesalahan ejaan bahasa menyebabkan entri itu daripada kuat dengan maklumat kepada sedikit tercalar. Ala, macam baju perempuan, orang perempuan ni bukan boleh tengok ada salah sikit pada bajunya, mesti tukar balik kan. Ha, macam tu la juga dengan penggunaan bahasa.


Sebenarnya, penggunaan bahasa yang betul ni merupakan isu yang berterusan dibincangkan di banyak blog. Paling utama aku jumpa ialah kebanyakkan blogger tidak suka dengan perkataan ala SMS, seperti ko, jgn atau paling teruk sekali bila short form tu dia seorang je yang faham. Ye, serius pening nak translate satu per satu perkataan. Lagi pening kalau perkataan tu dah la short form, diselang seli pula dengan huruf besar dan kecil. Memang dijaminlah aku akan buat-buat tak nampak jela..haha

Paling terbaru, isu kesalahan ejaan bahasa yang berulang-ulang. Kalau 1 entri tu kita nampak ada beberapa kesalahan ejaan mungkin boleh dimaafkan lagi. Tapi kalau dah kita baca beberapa entri di blog yang sama, kesalahan ejaan yang sama, diulang-ulang, tak rasa macam terganggu ke pembacaan kita tu? Kepada semua blogger yang membaca entri ini, aku harap sangat sebelum publish sesebuah entri tu, silalah ambil masa lebih kurang 5 minit, cek balik kalau ada kesalahan ejaan dalam penulisan tu. Jangan segan untuk merujuk kamus DBP atau kamus Bahasa Melayu, kita juga dapat ilmu. Bak kata pepatah "Malu bertanya, sesat jalan".

Kamus Bahasa Melayu
Previous
Next Post »
0 Komen