[Tips] Sila Disable Maklumat Lokasi Anda

Sebenarnya aku nak cari benda lain, tapi aku terjumpa lak dengan 1 forum yang memberikan tips supaya disablekan maklumat lokasi yang sememangnya sudah diintegrasi dalam browser Mozilla Firefox. Browser lain mungkin ada kot, aku malas nak cari sebab aku pengguna tegar Firefox..hehe. Oh ye, maklumat lokasi ini penting terutamanya bagi pengiklan internet seperti Google Ads untuk memaparkan iklan yang berkaitan. Contohnya macam kita berada di Malaysia, iklan yang dipaparkan sudah tentu yang berkaitan dengan Malaysia. Sebenarnya maklumat lokasi ini antara ciri-ciri yang membolehkan privasi kita diketahui pihak yang tidak bertanggungjawab.

Di dalam Firefox, sila taip about:config. Kita akan dipaparkan dengan skrin ini jika first time bukak.



Klik pada button I'll be careful, I promise! untuk meneruskan proses mencari dan edit..hehe. Selepas itu, keluarlah bermacam-macam option. Dalam kotak filter, taipkan geo. Cari dua option ni dan tukarkan seperti di bawah.

Klik gambar untuk pembesaran nyata.


geo.enabled - asalnya true, double klik untuk tukarkan kepada false
geo.wifi.uri - double klik untuk tukarkan alamat url kepada https://www.dephormation.org.uk/geolocation/geolocation.php

Bila dah siap, exit Firefox dan start balik. Cuba masuk ke website yang mempunyai ciri-ciri geografi yang akan detect lokasi berdasarkan kepada maklumat yang disimpan di dalam browser. Mesti tak dapat cari..hehe
Previous
Next Post »
0 Komen