Pengurusan Pesakit di Hospital Kerajaan

Sebenarnya aku memang dari dulu ada rasa tak puas hati dengan hospital kerajaan tapi apa boleh buat, kos untuk perubatan di hospital swasta berkali-kali ganda mahalnya. Nak tak nak, terpaksa juga follow prosedur yang telah ditetapkan walaupun aku berasa amat tak puas hati. Pertama sekali, dalam tempoh kurang 3 minggu, abah aku telah berada di EMPAT wad berbeza. DUA wad biasa, 1 wad ICU dan 1 wad High Dependency, lebih kurang macam wad ICU juga. Nak kata abah aku koma, dia sedar je, boleh je makan dan minum, bercakap ape tah lagi bergelak ketawa..hehe. Dulu time abah aku koma dalam tahun 2008, takde lak merata wad doktor bawak abah aku.



Kedua, aku nampak ada jurang perbezaan antara jururawat dan doktor di dalam wad. Apabila pesakit berbuat seperti apa yang telah doktor beritahu, segelintir jururawat pula tak membenarkan pesakit berbuat begitu. Kes ni berlaku di wad abah aku, ada pesakit tu kena marah dengan jururawat sebab tak ikut arahan dia padahal pesakit tu ikut arahan doktor. Nak follow siapa sekarang ni???

Memang agak kecewa jugalah dengan pengurusan pesakit di hospital kerajaan tapi apa boleh buat, follow jela prosedur dia. Lagipun abah aku merupakan pesara kerajaan jadi tak payah nak bayar apa-apa. JPA tanggung semuanya..hehe
Previous
Next Post »
0 Komen