Login Beberapa Akaun GMail Serentak

Hari ni hari Khamis, aku berasa amat bosan lantas menyiapkan entri ini..hehe. Kali ini aku akan berkongsi dengan sesiapa yang membaca blog ni tentang cara-cara untuk setup akaun GMail supaya login dalam satu satu masa. Ianya berguna sekiranya kita ada beberapa emel yang didaftarkan dengan menggunakan GMail, contoh macam aku ada 2 GMail, 1 emel general dan 1 lagi emel official untuk aku cari kerja..hehe.


Langkah pertama, klik pada nama di sebelah kanan atas GMail dan klik "Account Settings".


Langkah kedua, kita akan dibawa ke paparan seperti yang ditunjukkan dalam gambar di atas. Dalam option Multiple Sign In klik "Edit"


Langkah ketiga, klik On dan tick right dalam semua kotak seperti yang aku telah highlight dengan kotak merah. Selain GMail, multiple sign in juga boleh digunakan untuk beberapa produk Google yang lain seperti yang telah Google beritahu melalui gambar di atas..hehe. Bila dah siap klik Save button dan bukak balik GMail.


So, bila dah siap, akaun GMail yang lain akan dipaparkan seperti dalam gambar di atas. Sudah bertambah lagi 1 akaun GMail dalam GMail aku..hehe. Untuk bukak emel dalam akaun GMail yang lain tanpa sign out akaun GMail yang sedia ada, klik pada emel dalam kotak merah itu. Kalau nak sign in dalam produk Google yang lain tapi tanpa sign out akaun GMail yang sedia ada, boleh klik pada kotak hitam yang aku highlight.


Bila kita klik pada kotak hitam seperti yang aku highlight pada gambar sebelumnya, kita akan dibawa ke paparan seperti yang ditunjukkan dalam gambar di atas. Boleh login dalam akaun Google yang lain tanpa sign out akaun GMail. Google akan menunjukkan akaun yang mana yang sedang kita login.

Habis tutorial, sekian terima kasih. ^_^
Previous
Next Post »
0 Komen