Bersantai di Hospital

Rasa macam seronok pula bila aku bersiar-siar di hospital. Tengok yang doktor-doktor berborak, ada yang bincang pasal medical, aku tak paham, yang nurse pulak asyik menolak troli ke tempat yang dituju. Pelawat-pelawat yang setia menunggu terutamanya pelawat yang ada pesakit di wad ICU, sama seperti abah aku. Oh ye, wad ICU bukan macam wad biasa. Wad ICU tidak membenarkan waris menemani pesakit kecuali boleh melawat pada waktu melawat sahaja. Jadi sementara menunggu waktu melawat sesi petang, aku bersantai di kafe hospital..hehe



Syok duduk di depan hospital sambil makan keropok ikan dan tengok ambulan datang membawa pesakit baru, ditemani dengan bau jagung cawan yang memang membuatkan aku kecur tapi tak beli sebab nak jimat duit..haha. Sebelah aku ada doktor cina tengah termenung tengok kertas apa tah di depannya. Aku nak tolong bukan aku tahu pun pasal medical. Kalau tolong nak sambungkan komponen elektronik aku tahulah.

Lokasi : Kafe Hospital, Hospital Besar Melaka
Previous
Next Post »
0 Komen