Retro - Cara Kuruskan Badan

Hari ini aku nak cerita pasal menguruskan badan atau kata lainnya meringankan badan yang dah berat..hehe. Kisah ni aku ambik dari sejarah hidup aku sendiri dan tak direka untuk memuaskan sebelah pihak saja. Aku merupakan salah seorang budak yang duduk di asrama, jauh dari rumah keluarga aku. Jadi, memang menjadi lumrah seorang student yang apabila berjauhan dengan family untuk tempoh yang lama, 5 tahun, perlu mencari cara untuk berdikari. Salah satunya ialah bagaimana untuk membiasakan diri aku makan makanan yang dimasak bukan hasil tangan mak aku sendiri. First time aku makan di dewan selera di asrama MRSM Serting, memang aku tak lalu makan, tapi takdelah sampai muntah balik..haha.

Makanan yang sedapppp

Cara hidup di asrama aku tu memang jauh berbeza dengan cara hidup di rumah. Di asrama, kita akan dihidangkan dengan makanan sebanyak 6 KALI, 6 KALI sehari aku makan. Bermula dengan sarapan pagi, pukul 10 pagi ada makan sikit, makan tengah hari, minum petang, makan malam pukul 6.30 akhir sekali supper pukul 10 malam. Kalau ikut logik, memang dah lebih 100kg dah berat badan aku time tu sebab aku memang ikut je jadual makan tu..haha. Bila aku balik rumah je, mesti mak aku la orang yang paling kesian sekali tengok aku. Sebelum duduk asrama sihat je, nampak berisi, bila duduk asrama nampak ketara perubahan pada struktur badan aku.

Anggur - Produk semulajadi

Cara paling mudah nak kurus ni senang je, time petang tu lepas solat Asar bersiap-siaplah pergi bersukan, joging ke. Macam aku buat selalu time duduk asrama, petang je mesti aku main bola di padang or di court bola keranjang..hehe. Tapi aku makan macam biasa, kadang-kadang malam tu pergi beli burger dan nasi goreng di kedai dekat dengan asrama aku. Masuk hari Isnin dan Khamis, gerenti aku bagi nama di surau, puasa sunat..hehe. Masuk bulan Rejab dan Syaaban tu memang dah sah aku puasa la kecuali pada hari syak.

Ok je struktur badan aku. Takdelah gemuk sangat berbanding sekarang ni sebab aku duduk rumah, so banyak makan makanan hasil tangan mak aku sebab terbukti sedap..haha. Aku tak beli pun apa-apa produk kesihatan yang dah dicampur dengan macam-macam bahan kimia yang aku sendiri pun tak tahu ok ke tak untuk badan aku ni. Mungkin dah ramai orang amalkan makan benda-benda camtu dan nampak perubahan dari segi fizikal dan dalaman, aku tak boleh nak argue sebab aku pun tak tahu effectnya datang dari makanan kesihatan atau faktor lain.

Lauk time aku accident dulu. Mak aku masak. Mana aku tak makan banyak. Sedap sangat..hehe

Akhir sekali, berdasarkan karangan aku yang panjang lebar ni, boleh aku simpulkan bahawa untuk kurus dan sihat ni senang je, makan macam biasa, petang tu pergi bersukan, bila tiba masa puasa sunat, try la berpuasa. Boleh jimat duit dan melatih diri kita untuk menempuh bulan Ramadhan, bulan kita diwajibkan berpuasa..hehe.
Previous
Next Post »
1 Komen