Selepas Habis Belajar

Hari ni aku nak buat entri pasal masa depan student terutamanya aku lepas habis belajar. Secara tak rasminya aku dah complete dah degree aku dalam kejuruteraan elektronik spesifik dalam elektronik industri tapi disebabkan EAC iaitu organisasi yang memberi akreditasi atau dalam bahasa mudahnya memberi pengiktirafan kepada kursus yang aku ambik tu tak puas hati dengan isi kandungan kursus aku di UTeM, maka budak-budak kelas aku kena menempuh sem khas dan diwajibkan ambik 3 subjek lepas tu baru boleh graduasi. Pasrah jela, aku terpaksa menempuhnya kalau tak, tak boleh graduasi dan kursus aku tak diiktiraf dan bila tak diiktiraf maka aku bakal menjadi jurutera yang tak bertauliah dan mungkin di blacklist kalau kantoi. Ye, kena fikir masa depan juga tu, lagipun tajuk entri ni pun berkaitan masa depan..haha

Ok, itu cerita kalau aku tak amik sem khas, tapi sekarang aku dah amik sem khas, so apa jadi? Habis sem khas konpemlah aku cari kerja, sekarang ni pun tengah khusyuk cari kerja. Walaupun kerja banyak, nak apply pun segan-segan, yelah belajar tak habis lagi, sabo jela. Bila dah kerja nanti, bagi student biasa-biasa macam aku ni ha, peminjam PTPTN sah-sah la kena fikir hutang PTPTN. Beribu-ribu hutang, baru start kerja dah hutang..huhu. Hutang memang boleh menyebabkan seseorang itu tension.


Salah satu topik dalam Sistem Elektronik, subjek sem khas.

Tapi bagi aku, cabaran terbesar lepas habis belajar ni ialah mendirikan rumah tangga. Firstly sebab tiada pengalaman lagi, tu sebab kena pergi kursus kahwin, jangan fikir nak sijil je..haha. Lepas tu, duit memang benda pentinglah sekarang ni kalau nak kahwin. Sebelum kahwin je mesti beribu-ribu ringgit kena kumpul. Bak kata orang, "Anak I ada degree, mana boleh murah, paling2 murah pun berbelas ribu hantaran". Tu baru hantaran, belum masuk cerita rumah dan kenderaan lagi ni. Beribu jugak tu nak cari, paling kurang pun buat pinjaman peribadi. Hutang lagi. Bila nak habis bayau hutang, aku pun tak pasti bila.


Impikan suasana begini? Carilah duit banyak-banyak..hehe

Akhir sekali, aku memang respeklah kepada mereka yang habis belajar je terus kahwin, or lagi aku respek kalau time study tu dah kahwin. Serius respek sebab mereka pandai plan bagaimana untuk survive dalam kehidupan berpasangan. Semoga mereka berbahagia hingga akhir hayat. Amin.
Previous
Next Post »