Keadaan Video Bila Tidak Dimampatkan

Pengumuman oleh aku, aku dah habis sem ye, dah beberapa hari dah. Aku lupa aku ada blog..haha. Bosan gak bila tiada kerja nak buat, bila banyak kerja terasa tension lak. Aihh pelik la. So, bila aku bosan tu aku belajar balik buat video dalam Adobe After Effects CS4. After Effects CS5 tak boleh masuk dalam komputer aku sebab ia hanya boleh diinstall dalam sistem operasi 64-bit je. Aku saja nak tengok setting mana yang paling ok sekali untuk render video. Render video ni macam kita convert kerja dalam After Effects tu ke dalam video file. So, dalam AE, ada beberapa format yang boleh digunakan antaranya WMV,AVI, MOV, MPEG-4 dan banyak lagi. Disebabkan effect yang aku gunakan sesuai untuk diconvert dalam HD, jadi aku pilih WMV.


Senang je setting dia, amik uncompress jadi tak payah susah-susah nak setting benda lain..haha. Nak tengok gak bagaimana video itu bila uncompress. Agak lama juga nak siap render, dalam sejam, padahal video tak lama sangat pun dalam seminit 57 saat je. So bila siap, inilah hasilnya video bila tidak dimampatkan..hehe


Memang terbaik. Sampaikan aku nak play balik pun dia lagging yang teramat sebab bitrate terlalu besar. Cuba bayangkan kalau video itu panjangnya dalam setengah jam, atau standard macam movies, dalam sejam setengah. Konpem tak cukup kapasiti hard disk..haha
Previous
Next Post »
2 Komen
avatar

haih...
xreti sgt sy bab2 buat vid ni.. :p

Balas
avatar

@ Ummi Hanie

haha..tau tgk video je kn..haha

Balas