Bed Stretcher

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca blog aku. Apa benda bed stretcher ni?? Haha..sebenarnya ni tajuk projek yang kumpulan aku propose time Pesta Sem Type 3 di sekolah menengah dulu. Apa tu Sem Type 3? Ia merupakan satu pertandingan yang mencungkil bakat-bakat pelajar dalam mencipta produk dan menjalankan ujikaji terhadap benda baru atau sedia ada. Ala, senang cerita dia macam Final Year Project la cuma time aku menengah rendah dulu, siapa nak masuk kena propose kertas kerja. Time aku menengah atas pulak, semua pelajar wajib masuk.

Idea ni datangnya dari salah seorang ahli kumpulan aku bila dia tengok budak-budak asrama terutamanya lelaki malas nak tegangkan cadar..haha. Aku tak pastilah time tu memang dah ada ke belum produk sebegini, yang pasti aku nampak projek ni simple je tapi macam akan memberi kesan besar terhadap budak-budak asrama. Siapa yang pernah pergi hotel mesti tahu ada 1 produk yang boleh membuatkan air sejuk sentiasa sejuk. Cikgu aku cakap benda tu datang hasil dari pertandingan ni la cuma kt sekolah lain je..hehe.

Cadar tempat aku masuk wad dulu. Kurang ketegangan.


Cara buat dia simple je. Bahagian bawah cadar dipasang getah yang memang susah nak tarik dan disambungkan ke penjuru setiap cadar. Dia akan jadi bentuk "X" la bila dah siap. Kalau nak guna, just sarung je pada tilam, aku jamin cadar tu memang sentiasa regang je, sehingga sampai suatu tempoh masa getah tu akan kendur secara semulajadi. Tapi, malangnya projek ini tak dapat masuk sebab lambat hantar kertas kerja. Senyum jela ye..haha


P.S : Projek ini akhirnya direalisasikan time aku naik menengah atas tapi bukan kumpulan aku, kumpulan lain yang buat..hehe

P.S.S : Dengar cerita benda ni dah wujud di pasaran, tapi aku masih belum jumpa lagi.
Previous
Next Post »
4 Komen
avatar

agaga..bru nk mintak satu..;p

Balas
avatar

@ PinkLuscious

haha..g cari kt kedai..ada org ckp bnde ni dh ade kt pasaran..betul ke x..xtau la..haha

Balas
avatar

kompem sape yg beli tu dia malas nak kemas katil..hehe...

sesuke hati aku je kan...

Balas