Ujian Kesesatan Browser

Seperti yang telah diwar-warkan di media antarabangsa, Internet Explorer 10 sudah mula direka oleh Microsoft walaupun hanya sebulan sahaja Internet Explorer 9 dilancarkan. Kebanyakkan browser yang lain juga mengalami perubahan dari segi interface, performance juga security. Untuk kali ini, mari kita tengok keputusan ujian kesesatan yang dilakukan oleh aku..hehe. Ujian ini adalah bertujuan untuk melihat keupayaan browser memproses Cascading Style Sheet atau CSS yang terbaru iaitu CSS 2.1 dan CSS3. Oh ye, CSS ini penting untuk mencantikkan sesuatu laman web..hehe

Pertama : Opera 11.01


Opera 11 memang paling laju dalam proses CSS. Dari 1 jalan ke jalan yang lain, apabila sesat, Opera akan proses style sheet yang seterusnya sehingga jumpa jalan keluar. Serius laju.

Kedua : Windows Internet Explorer 9.0


Sama seperti Opera, Internet Explorer 9 juga sangat laju dalam proses CSS tapi sedikit lembab dalam menukar dari 1 style sheet ke style yang lain. Markahnya juga tidak lari begitu jauh sangat berbanding dengan Opera..hehe

Ketiga : Apple Safari 5.0.4


Sebenarnya aku tidak berapa percaya dengan markah ni, sebabnya Safari memang lagging dalam memproses style sheet. Memang lagging, sama dengan Google Chrome. Tapi sebab maze test ni dah direka untuk tengok timing titik tu sampai ke jalan keluar, jadi bila lag, masa tu pun lag gak. Aku rasa untuk Safari, mungkin ianya memerlukan masa yang agak lama, dalam 100 saat dan lebih.

Keempat : Mozilla Firefox 4.0


Haha..aku test banyak kali kot untuk Firefox, sebab Firefox 4 baru keluar, aku memang expect dia boleh handle benda-benda camni dengan mudah, tapi aku silap. CSS performance tak laju. Titik-titik tu pun bergerak satu per satu, menyebabkan Firefox mengambil masa yang lama untuk selesaikan maze tu.

Kelima : Google Chrome 10.0


Ye, paling lambat. Tapi aku rasa tak adil pada Chrome sebab semua browser yang aku test merupakan browser yang paling latest. Chrome je tak sebab Google belum release yang latest. Berbulu aku tunggu Chrome yang latest punya, asyik bagi yang beta je.


P.S : Ujian kesesatan direka dengan titik-titik akan memenuhi satu jalan. Jika jalan mati, browser akan proses style sheet yang lain dan titik-titik akan bergerak ke jalan yang lain sehingga jumpa jalan keluar.
Previous
Next Post »
4 Komen
avatar

Chrome dan Firefox tetap menjadi pilihanku.. hehehe

----------------
nak ajak join komuniti blogger terbaru di Malaysia.. Join dan dapatkan traffik free..
http://www.ohbelog.com/

Balas
avatar

eh..heran..laju juga IE9 eh? hehe..

Balas
avatar

@ Oh!Belog

haha..same la..firefox ngn chrome gk..terbaik...

Balas
avatar

@ Arya Putra

haah..IE9 mmg sgt2 brbeza brbanding dgn versi2 IE sebelumnya..try la..hehe

Balas