[BENE 4143] Lawatan Industri ke Proton Part 3

Asssalamulaikum dan salam sejahtera. Cerita lawatan industri bersambung lagi. Kali ini kami dibawa masuk ke dalam tempat kereta Proton Saga FL dibina. Segala jenis spare part seperti tayar, enjin, pintu kereta dan isi-isi dalam kereta dibina dan dipasang di sini. Ada 1 peraturan ketat yang mesti dipatuhi iaitu tidak boleh mengambil gambar di situ. Maka, tiadalah gambar barang-barang itu dibuat, hanya ada gambar orang saja..hehe

Seorang jurutera tengah bercerita.

Proses pembuatan kereta bermula dengan pemasangan segala jenis kabel di dalam kereta. Kabel-kabel itu dipasang untuk memudahkan kerja-kerja penyambungan barang-barang seperti enjin, karburetor, aksesori dalam kereta dan lain-lain. Kabel-kabel ini dipasang menggunakan teknologi manusia.

Mereka sedang menyalin sesuatu yang berguna untuk masa hadapan.

Di dalam kilang ini, ianya terbahagi kepada dua tingkat. Tingkat bawah merupakan bahagian pemasangan kereta manakala tingkat atas menempatkan enjin-enjin yang bergerak di atas conveyor. Walaupun nampak kompleks untuk memasang segala jenis benda alah di dalam kereta, namun pekerja-pekerja di sini melakukan kerja dengan pantas dan sistematik.

Orang itu cakap melayu tapi bunyinya pelik sekali. Mungkin dah terkena radiasi kereta kot.

Akhir sekali, proses pemasangan pintu kereta dilakukan. Kenapa pintu pasang last sekali???? Sebab bila pintu itu dipasang awal-awal, ia akan menyebabkan pertambahan langkah dan menyebabkan masa untuk sesebuah kereta itu dipasang menjadi lebih panjang.

Hani Aimi sedang senyum depan kamera

Akhir sekali, kereta Proton Saga FL itu dibawa ke bahagian pengujian untuk menguji sama ada kereta itu ok ke tak untuk dibawa ke jalan raya. Untuk tayar, mereka menguji dengan kelajuan 110 km/j. Kalau meletup maknanya reject la..haha. Selepas melalui beberapa siri ujian, kereta Proton Saga FL sudah sedia untuk berkhidmat kepada tuan yang membeli kereta itu.


P.S : Sori, cerita tak detail. Aku tak berani nak cerita detail sebab ianya mungkin melibatkan maklumat sulit syarikat. Gambar-gambar yang ada ni pun ihsan dari Proton. Terima kasih..hehe
Previous
Next Post »
0 Komen