UiTM di Kampung Seri Mendapat

Sebenarnya aku pun baru tahu tadi ketika aku pulang ke Semujuk iaitu kampung belah abah aku, aku perhatikan ada kerja-kerja pembinaan secara besar-besaran di dalam kawasan hutan. Bila aku tengok betul-betul pada signboard pembinaan, ia merupakan kerja-kerja pembinaan kampus UiTM yang baru yang terletak betul-betul di dalam kawasan kampung, aku ulang, dalam kawasan kampung..haha.

Lepas aku google mengenai pembinaan UiTM yang baru, ianya dijangka akan siap pada tahun 2013 dan tapak kampus itu ditawarkan oleh Ketua Menteri Melaka sendiri selepas pelan asalnya di Serendah ditolak kerajaan negeri Selangor.

Tapak kampus UiTM di Semujuk.

Kerja menarah tanah sedang dijalankan disebalik pagar.

Signboard Lebuhraya Plus yang akan membawa kita ke tol Jasin.

Jangan risau mengenai jalan yang perlu dilalui untuk ke kampus UiTM yang baru ni. Kalau tak silap aku, dari tol PLUS, boleh susur keluar melalui exit Jasin dan ikut jela signboard UiTM nanti, dalam 10km dari susur keluar ke UiTM..hehe.

Bandar Merlimau.

Kalau setakat nak beli barang, ini antara pekan yang ada. Pekan Merlimau ada banyak kedai dan gerai..hehe. Kalau nak isi minyak, kena travel lebih kurang 5-7km ke Petronas Merlimau, depan Kolej Komuniti ape tah aku tak ingat. Pasar malam Merlimau pula pada hari Jumaat, tapaknya di kawasan perindustrian Merlimau.

Kesimpulannya, lepas siap UiTM di Semujuk or spesifiknya Kampung Seri Mendapat, Melaka bakal mempunyai 3 kampus UiTM di Lendu, Bandaraya Melaka dan di Semujuk..hehe.

Rujukan

Kronologi Pertukaran Pertukaran Tapak UiTM ke Melaka
Jasin lokasi baru UiTM ganti Rawang
Previous
Next Post »
3 Komen
avatar

uiks, ada 3 ea kat melaka... kat johor ni hanya di segamat dan terbaru kampus kecik di johor bahru...

Balas
avatar

@ intankuterpilih

skg ni 2..kt lendu kampus sendiri..
kt bandaraya melaka kampus tumpang2..haha
tp nnti siap yg ni..ada 3..hehe

Balas
avatar

salam pemilik blog, ada x rumah sewa area kampung tu? kalau ada pliss, really2 need ur help. hehe.
sms 0195413552

Balas