Hoskan Blog Wordpress Guna Wamp Server

Aku dapat tahu mengenai kewujudan software ni dari tempat praktikal aku dulu. Ada banyak lagi software yang lebih kurang macam Wamp Server ni, tapi sebab aku dah biasa guna yang ni, lagipun ianya macam senang digunakan. Wamp Server ni berfungsi sebagai localhost bagi sesebuah komputer. Ianya akan membuatkan hard disk kita macam server, lengkap dengan phpmyadmin, mySql, Apache dan lain-lain elemen.

Gunanya Wamp Server ni untuk serve laman web di peringkat localhost, iaitu hanya kita je boleh akses sebab ianya berada dalam komputer kita, bukan di dalam Internet. Sesuai bagi mereka yang ingin belajar menggunakan Wordpress self-hosting tanpa perlu bersusah payah membeli domain dan hosting semata-mata ingin belajar menggunakan Wordpress.


Ini localhost aku punya..hehe


Cara gunanya senang je, lepas install,
sila klik Wamp Server dan ianya akan start. Ikonnya terletak di bahagian taskbar, berwarna hijau jika server (hard disk) online dan merah jika server dan semua servis (phpmyadmin, mySql dan Apache) offline. Untuk akses, gunakan Firefox dan taip localhost. Untuk hoskan Wordpress, copy skrip Wordpress yang telah didownload dan paste ke dalam folder www yang terletak di dalam wamp installation folder.

Untuk akses ke blog wordpress, taip je localhost di Firefox, dan di bahagian "Your Project" ada senarai nama folder yang sudah dicopy paste ke folder www. Nampak macam kena connect Internet baru boleh akses blog Wordpress tu kan, tapi sebenarnya time offline Internet pun boleh guna sebab ianya dihos dalam hard disk kita..hehe


Blog aku guna Wamp Server, hos dalam hard disk pc aku..haha


Akhir sekali, jika ada sebarang masalah berkaitan penggunaan Wordpress guna Wamp Server, janganlah segan-segan untuk komen, aku cuba tolong apa yang termampu..hehe. Oh ye, untuk setup, sila buat 1 database dalam phpmyadmin, letak je nama pape. Ini untuk setup database Wordpress semasa installation.


Username : root


Password : (biarkan kosong)


Database name : (ikut nama database yang telah dibuat dalam phpmyadmin)
Previous
Next Post »
8 Komen
avatar

guna Xampp lagi bagus tau..wamp ni banyak error..serius tak tipu..

weeda penah guna wamp..pastu banyak sgt kuar error padahal coding dah betul..pastu tukar pakai xampp terus okey xda masalah..

wamp ni tak stabil lagi..guna xampp la..

Balas
avatar

tau..ada xampp..dorang cakap lagi simple..
tapi dah biasa guna wamp..
wamp memang ada masalah dari segi database mySql..
kita kena tambah sendiri database tu baru boleh install apa-apa skrip..
tapi joomla masih lagi tak dapat install..haha

Balas
avatar

takleh instal joomla katna? wamp?
hehe..teruskan usaha meng'install'..


kalau tahu install skrip utk wamp tu takpe la..takda masalah la kan..kalau tak tahu memang pening jugak la..

Balas
avatar

haah..kt wamp..dia tak boleh edit dan buat database mySql..hahaha
pasni nak try gak xampp..tgk camne..
sebab dah biasa guna wamp..so tahu apa masalah dia..hahaha

Balas
avatar

try kat xampp plak..hari tu weeda instal joomla kat xampp terus jadi..

Balas
avatar

@ Eazy Izzuddin

boleh2..cuba la..haha
boleh try wamp or xampp..hehe

Balas