Hati-hati Dengan WiFi

Sekarang ni penggunaan laptop dan minibook sangat popular terutamanya dikalangan pelajar-pelajar universiti. Bila penggunaan laptop dan minibook meningkat di universiti, satu je yang mereka nak, INTERNET..haha. Berlakulah senario dimana pihak MPP mungkin memperjuangkan nasib pelajar dengan meminta universiti menyediakan tempat untuk pelajar menggunakan internet tak kira sama ada yang jenis ada wayar ataupun takde wayar..haha.



Tapi aku cerita pasal yang takde wayar ni, ataupun bahasa skemanya WiFi. Ramai orang ingat WiFi tu Wireless Fidelity tapi hakikatnya WiFi itu merupakan trademark bagi penggunaan internet secara tidak ada wayar..haha. Straight to the point, aku cuma ingatkan supaya berhati-hati dengan penggunaan internet secara tidak ada wayar kerana aku dapat tahu ada plugin yang tidak sah untuk pengguna Firefox yang mampu "capture" cookies dari browser anda dan cookies itu akan dihantar terus dari laptop anda ke laptop or komputer mereka yang menggunakan plugin itu.

Kalau nak tahu, cookies dalam browser merupakan suatu bahan penting sebab ianya mengandungi "unique identity" jika anda login ke sesuatu laman web seperti Facebook. Jika cookies itu disimpan di dalam komputer yang berlainan, laman web seperti Facebook akan membaca cookies anda yang disimpan dalam komputer yang berlainan dan menganggap bahawa anda telah login di dalam komputer tersebut. Akhir sekali, pengguna plugin tak sah tu dapatlah masuk ke laman Facebook anda tanpa perlu masukkan username dan password..hehe.

Suggestion dari aku ialah sila cari WiFi yang paling secure iaitu WPA-Personal atau WPA-Business sebab segala maklumat yang dihantar akan dipaketkan dengan sekuriti. Jadi, walaupun anda berkongsi WiFi dengan WPA bersama rakan-rakan lain, mereka tidak dapat "capture" cookies dari browser anda..hehe.
Previous
Next Post »
4 Komen
avatar

ooooooo...gitu ke?????baru tau.

Balas
avatar

WPA mahal :), cara mudah nak jaga WIFI anda, just keep looking pada blinking light, the higher/frequent bleeping, then, you should check your router. :)

Balas
avatar

@ eddy

tp router skg bnyk yg equip dgn wpa.. :)
tu care paling simple skli la..yela kite xgune internet ttbe lampu tu brkelip2 je..sah la ada org curik..haha

Balas