Gadjet Masa Depan Doraemon

Bagi aku Doraemon memang anime terbaik pernah dihasilkan oleh seorang manusia. Bestnya cerita Doraemon ni sebab ada banyak gadjet yang mungkin kita fikir macam mustahil untuk wujud di dunia ni tapi ianya tak mustahil akan wujud pada masa hadapan, cuma yang aku rasa memang betul-betul takkan wujud ialah pintu masa depan..haha. Berikut merupakan antara gadjet yang biasa digunakan oleh Doraemon dalam kebanyakkan episod.

Pintu Suka Hati

Dalam bahasa Inggeris, ianya disebut Anywhere Door. Pintu ini membolehkan Doraemon atau Nobita pergi ke mana sahaja tempat atau masa yang dia nak pergi. Aku pasti jika pintu ini wujud di dunia ini, pasti dunia akan huru-hara..hehe.


Pintu Suka Hati dalam episod Door Out Of Nothing

Take-Copter

Take-Copter merupakan kipas kecil yang diperbuat daripada kayu bamboo digunakan oleh Doraemon untuk terbang ke mana sahaja. Ianya dikawal oleh pergerakan badan. Konsepnya lebih kurang macam helikopter yang digunakan sekarang.


Mesin Masa

Mesin Masa terdapat di dalam meja tempat Nobita mengulangkaji pelajaran. Di sini juga menjadi tempat Doraemon dihantar dari abad ke berapa tah aku tak ingat ke rumah Nobita. Mesin ini sesuai digunakan untuk kembali pada masa yang lampau atau masa akan datang. Aku ingat lagi ada 1 episod di mana Nobita dan Doraemon pergi ke zaman akan datang, time tu semuanya berteknologi tinggi. Adakah dunia akan menjadi sebegitu pada masa akan datang? Entahlah..hehe


Tiga gadjet di atas itu merupakan gadjet yang biasa digunakan oleh Doraemon dalam kesemua episod Doraemon. Jadi, biasanya setiap episod kita akan melihat satu gadget baru yang diperkenalkan Doraemon dan salah satu gadget daripada senarai di atas..hehe
Previous
Next Post »
12 Komen
avatar

maybe gadget begitu kot
hehe
suka tengok doreamon
leh berangan jap

Balas
avatar

@ Eazy Izzuddin

haha..tu la..
ble tgk doraemon konpem berangan nk gadjet mcm doraemon pny..haha

Balas
avatar

aku mmg mnt doremon dari kecik..
;)

Balas
avatar

Peja minat giler ngan kartun doreamon zaman2 skolah dulu... haaa, tentang pintu suka hati, skrg negara jepun dalam proses nak buat...

Balas
avatar

Dulu saya ada terbaca di akhbar, kisah doraemon ni ada manfaat untuk sesetengah org di Jepun. Mereka mengkaji dan mencipta based on alat2 doraemon. Ada satu alat doraemon yg mana telah dicipta di dunia sebenar. Tapi tak ingat alat apa.

Saya minat doraemon, tapi lebih meminati siri cerita panjang. Kisah Kubu Hantu Bawah Laut membuatkan saya tahu tentang Segitiga Bermuda dan suka membaca kisah misteri bermuda triangle ni. Kisah Kelahiran Negeri Jepun pulak membuatkan saya tahu tentang keadaan geografi zaman dahulu kala. Lagi pun fakta dalam cerita doraemon ada yg boleh pakai. ;)

Tapi kata ayah saya ; "Ngarutlah cerita Doraemon ni..".

Hahaha. Saya tetap suka doraemon. ;D

Balas
avatar

aku suka gila cerita doraemon.
kalau boleh nak pintu suka hati!!
i hope i can have it. ;)

Balas
avatar

suka gile tgk doraemon. tp cite pendek la kalau cite panjang macam xbest pulak.huhu

Balas
avatar

@ musang berjanggut

same la aku..time tu ada kt tv1 pukul 7 mlm..haha

Balas
avatar

@ Faizal Syukri @ Peja

yeke? bahaya gk kalau pintu tu btul2 jd..huhu

Balas
avatar

@ iEra NaDiRa

cerita panjang doraemon banyak yg tak berape best..mungkin sebab cerita panjang banyak berkisar tentang adventure doraemon dan kawan2 so tak banyak gadget yg ada..berbanding dgn cerita pendek, menarik sbb kita memang tertunggu-tunggu gadget ape yg doraemon nak keluarkan utk episod tu..hehe

tapi memang betul la, cerita panjang doraemon banyak based on true story tapi dorang re-create balik supaya match dgn cerita doraemon...

yeah..doraemon memang best..the legend of anime..hahaha

Balas
avatar

@ nur baizura

nk wtpe pintu suke hati? nk usha org?
hahaha...

Balas
avatar

@ cik zaza

cter pndek best sbb brdebar2 tggu gadget ape yg doraemon nk kuarkan..hahahaha

Balas