Tambah Sekuriti Bagi Akaun Facebook

Ciri-ciri ini sudah lama diperkenalkan oleh Facebook, cuma ramai yang tidak perasan akan kewujudannya, maklumlah ianya tersembunyi di dalam setting akaun. Ciri ini membolehkan pengguna Facebook mengetahui di manakah akaunnya diakses atau log masuk berdasarkan kepada alamat IP serta tarikh dan masa akaun tersebut diakses. Pengguna Facebook boleh mengaktifkan ciri ini dengan pergi ke Account (sebelah kanan atas sekali) dan klik Account Settings. Di bahagian tab Setting, skrol ke bawah dan anda akan berjumpa dengan Account Security kemudian klik change. Paparan seperti di bawah akan kelihatan.



Cuma perlu tick di bahagian on bagi login notification. Jika anda mendaftar nombor handphone dengan Facebook, anda boleh menerima notifikasi log masuk akaun Facebook menerusi SMS. Di sini juga akan dipaparkan senarai terbaru bagi lokasi, tarikh dan masa akaun pengguna Facebook dilog masuk. Selepas anda selesai, apabila anda ingin log masuk kembali akaun Facebook, akan keluar paparan seperti di bawah.



Berikan nama komputer yang anda rasa orang lain tidak akan tahu, seolah-olah macam password, dan jika anda selalu menggunakan Facebook, bolehlah tick di bahagian "Don't ask me again from this computer". Ini bermakna selepas ini jika anda log masuk akaun Facebook dari komputer yang sama, paparan ini tidak akan keluar.

Selepas anda memasukkan nama komputer dalam paparan seperti di atas, notifikasi log masuk akaun Facebook anda akan dihantar ke emel dan SMS. Jadi, pengguna Facebook bolehlah mengetahui jika ada orang yang log masuk akaun Facebook secara sembunyi. ^_^
Previous
Next Post »
2 Komen