Antara Rakyat Malaysia

Kenapa tajuk post aku antara rakyat Malaysia? Sila lihat gambar di bawah. Gambar ini aku ambil pagi tadi semasa aku dah buang segala yang aku nak buang sebelum pergi trip ke UKM..hehe


Contengan di jamban.

Aku tak tahu siapa punya kerja yang mungkin dia ni ada kreatif dan bakat, sentiasa membawa pen marker bersama, tapi bakatnya tidak dicurahkan ke tempat yang betul. Walaupun ianya tersorok di belakang pintu, mana tahu kot ada pelawat, terutamanya pelawat dari negara luar datang dan hendak membuang di sini, mereka mungkin khusyuk bukan sebab nak membuang, tapi khusyuk memikirkan makna perkataan yang ada di situ.


P.S : Minta maaf jika ada perkataan yang agak kurang sopan di situ, tak payah nak kabur-kabur, semua orang mesti pernah tengok contengan-contengan begini. :D

Lokasi : Petronas Ayer Keroh 2, Melaka
Previous
Next Post »
0 Komen