Ahad di Pintu Gerbang Melaka

Selamat datang ke Melaka Bandaraya Bersejarah. Ini ialah pintu gerbang Ayer Keroh. Kita boleh nampak pintu gerbang ni kalau lalu dari highway Plus menghala ke Ayer Keroh ataupun mereka yang dari Ayer Keroh menuju highway Plus. Reka bentuk pintu gerbang ni menggunakan konsep 3 kaum utama di negeri Melaka iaitu Melayu, Cina dan India. Boleh tengok reka bentuk 3 tiang di belah kiri dan kanan..hehe.

Pintu gerbang ni aku amik pada hari Ahad lepas. Kosong. Aku boleh mengambil gambar ini tanpa perlu untuk mengelak dari kereta dan motor yang lalu di sini. Sebab mungkin mereka masih berada di atas katil..hehe

Pintu gerbang Ayer Keroh

Oh ye, gambar ini juga telah aku tempekkan di laman Wikipedia Ayer Keroh. Jadi kalau bukak laman wiki tu janganlah terkejut melihat gambar ni di sana..haha

Lokasi : Pintu Gerbang Ayer Keroh, Melaka
Previous
Next Post »
2 Komen
avatar

rendunyee nak p melaka.. :)

Balas