Peniaga Melayu

Aku suka melihat peniaga-peniaga berbangsa Melayu mengusahakan perniagaan mereka. Yelah, daripada mereka membuang masa melakukan aktiviti yang tidak berfaedah dan membuang masa, lebih baik menjana wang mengikut jalan yang halal. Lagipun time sekolah dulu, aku mengambil koku Persatuan Usahawan Muda di mana koku ni memang direct diuruskan oleh MARA, tahu jugalah sikit selok-belok perniagaan.

Cuma kadang-kadang aku agak terkilan dengan peniaga Melayu ni. Biasa kita terdengar ayat ni "support r skit org melayu..cmne dorg nk maju klau bkn kita yg support dorg." Seriusly, aku rasa macam nak maki or gelak pun ada gak. Bagaimana aku nak support peniaga Melayu kalau mereka sendiri tiada rasa ingin memajukan diri dan orang lain? Letak harga macam nak membunuh orang, harga agak murah tapi kualiti 0, wujudnya sifat kedekut dalam diri.


Di sini harganya sangat mahal.

Benda ni aku dah kaji lama dah, semenjak aku pergi Kursus Usahawan Muda anjuran MARA dulu. Aku ingat lagi ada seorang penceramah memberitahu bahawa orang Melayu jarang berjaya dan bertahan lama dalam perniagaannya. Sejak tu, aku mula melakukan sedikit kajian. Banyak lagi yang boleh aku beritahu mengenai situasi peniaga Melayu tapi cukuplah sampai sini je. Aku ada hal jap lagi..hehe. Sekian, terima kasih.
Previous
Next Post »
4 Komen
avatar

nak support camne
kalau peniaga melayu pun wat hal
hehe
tett..
:P

Balas
avatar

@ Eazy Izzuddin

haha..btul la tu..
cmne nk support..sndiri wt hal..hahaha

Balas
avatar

@ Shitsurei Shimashita

melilau ntah ke mne..hahaha

Balas