Berbuka Puasa

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog. Semalam aku telah berbuka puasa bersama-sama rakan kelas 4 BENE. Bertempat di Medan Ikan Bakar Haji Musa, Alai, mereka telah melantak dengan sebanyak mungkin makanan-makanan yang ada. Siapa sangka dengan RM20, aku dapat makan dengan banyaknya kerana aku duduk sekali dengan rakan perempuan yang malu-malu nak makan..haha

Medan Ikan Bakar Haji Musa, Alai, Melaka


Tapi aku jeles. Aku jeles dengan mereka yang duduk di belakang aku. Mereka melantak makanan yang diberi oleh rakan perempuan yang majoritinya tidak makan banyak..haha.

Air untuk kali ini - jus buah tembikai dan oren.


Lihatlah aksi mereka sedang melantak..haha


Ni yang aku jeles..banyak gila makanan yang mereka di belakang aku dapat..haha


Terima kasih kepada Rahim dan Bob yang bersungguh-sungguh menjayakan majlis berbuka puasa 4 BENE kali ini. Tanpa mereka, tiadalah majlis ini..hehe. Aku kenyang. Terima kasih.
Previous
Next Post »
0 Komen