Aktiviti Malam

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog. Sebelum masuknya bulan Ramadhan, biasanya pada waktu malam ramai yang akan lepak di luar makan malam. Ada pula yang hanya duduk di rumah dan study (bagi seorang pelajar..hehe). Masuknya bulan Ramadhan, aktiviti pada waktu malam ialah solat Isyak secara berjemaah di masjid atau surau seterusnya melakukan solat Terawih. Normal. Semalam, selepas menunaikan aktiviti seperti yang aku taip tadi, pukul 10.47 malam aku bergerak ke Kompleks Sukan Batu Berendam.


Kompleks Sukan Batu Berendam. Sumber

Aktiviti tersebut ialah bermain badminton bersama rakan-rakan. Setakat semalam, aku rasa dah dekat 3 kali kot aku bermain badminton pada malam hari. Dan, aku rasa badan aku semakin kurus. Tidak perlu bersusah-susah membeli produk menguruskan badan yang mahal-mahal..hehe.


Ini raket aku yang sudah diperbaharui gripnya..hehe


Azmi dan Syukor sedang beraksi.

Jadi, aku sudah bermain badminton 2 kali berturur-turut pada minggu ini. Sambil aku bermain dan mengeluarkan peluh, aku training sekali. Meningkatkan skill bermain badminton agar aku tidak lagi berasa malu setelah tewas kepada team perempuan semasa koku..hoho~~
Previous
Next Post »
0 Komen