Acara di Pantai Puteri

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog. Ok, cerita ni minggu lepas punya cerita tapi saja nak update blog aku..hehe. Jadi, minggu lepas sebelum masuknya bulan Ramadhan, budak-budak kelas aku mengadakan jamuan kecil-kecilan di tepi pantai yang indah, Pantai Puteri, Melaka. Menunya ialah ayam BBQ, kerang bakar, sosej bakar dan sedikit mihun yang aku tak tahu siapa yang membawanya..haha.


Keindahan semasa matahari nak terbenam. Ada loji penapisan minyak Petronas.


Mereka sedang memikirkan cara untuk membakar ayam.


Ayam yang sudah dibakar..hehe.

Ooppss..lupa lak..sekarang orang tengah puasa. Mintak maaf terletak gambar ayam BBQ..hahaha. Selamat berpuasa kepada semua umat Islam yang boleh berpuasa.

Lokasi : Pantai Puteri, Melaka
Previous
Next Post »
0 Komen