Sebelum Perasmian SUKMA 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog. Hari ni kita cerita benda semalam. Semalam aku pergi ke Stadium Hang Jebat untuk melihat sendiri bagaimana rasanya kemeriahan ketika berada di dalam stadium sebab seumur hidup aku belum pernah lagi masuk stadium. Stadium tu boleh masuk secara free so mana mungkin aku akan melepaskan peluang..hehe.


Di luar Stadium Hang Jebat.

Aku tak tunggu pun sampai upacara rasmi pembukaan SUKMA 2010 sebab aku ada hal lain..hehe. Lagipun upacara itu sudah ditayangkan di RTM2 pukul 8.30 malam semalam walaupun aku tahu ramai yang bukak channel 801 (bahasa melayu) atau channel FWC1 (bahasa inggeris)..haha.


View dari tempat duduk paling atas.


Mendung je.

Time ni dorang tengah cover rumput kat padang bola tu dengan kain putih. Time ni gak ada konsert kecil-kecilan di bawah skrin tu. Tah hape yang dorang nyanyi aku tak paham..haha.


Mereka khusyuk melihat sesuatu yang mengujakan.

Di luar stadium pun ada event gak. Antaranya event "Gelanggang 801" oleh Astro Arena. Macam-macam ada. Boleh main PS3 secara free tapi aku dan adik aku tak dapat main sebab budak mana tah main tak ingat dunia. Nasib baik aku tak ambik gambau budak tu..haha.

P.S : Akhirnya dapat gak aku masuk stadium. Aku ingat nak beli la trumpet plastik tu. Ala yang kuar bunyi lebah time match world cup tu. Harganye RM5.00. Tak jadi aku nak beli..hehe

Lokasi : Stadium Hang Jebat, Melaka
Previous
Next Post »
6 Komen
avatar

uish bestnya..teringin nak p kalau Melaka tu dekat :P

Balas
avatar

org duk sibuk dgn WC,
kot terlepas pdg SUKMA ni

Balas
avatar

@ Nazra~

cik naz dtg je..sy bleh bwk..hehe

Balas
avatar

@ mademoiselle azieshakespeare

tu la..blog len bnyk update psl world cup...
msti bosan sbb asyk cter bnde sme..so bek sy cter bnde len..hahaha

Balas
avatar

tgk stadium nih teringat masa larik tengah malam tu..hehe

Balas
avatar

besa gak...
nak terjah la kat ctu...
bro bwk jln2 k...
=P

Balas