PR Dan Blogger

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog. Penafian, PR dalam tajuk di atas bukanlah Pakatan Rakyat tapi Page Rank. Ramai blogger yang terlalu concern dengan PR (juga Alexa). So, sepanjang aku berblog start tahun 2008, aku sudah nampak trend blogger seiring dengan PR yang dimiliki blognya. Mari kita terjah..hehe

Ukur blog dengan Page Rank..hehe. Sumber


Tiada PR

Blogger yang mendapat kes begini, sama macam aku waktu mula-mula blog dibuka pada umum selalunya akan melakukan blogwalking. Mereka hanya blogwalking je, menempel nama dan link blognya dalam ruangan chat di blog lain. Ada juga yang memberi komen dan memberi link blognya sekali..hehe


PR 1

Untuk memasuki Page Rank 1 merupakan kerja mudah je. Blog aku dulu ni pun dalam masa sebulan camtu la, dah masuk PR1. Time ni blognya mula difollow oleh blogger lain, entri-entrinya sudah ada dikomen walaupun 1 komen, ia tetap berharga. Blogwalking diteruskan.


PR 2

Sama je macam PR 1, untuk masuk Page Rank 2 merupakan kerja mudah. Blog aku ni lepas setahun dibuka baru dapat masuk PR 2..hehe. Pada waktu ini, kebanyakkan blogger biasanya mula mengomen dalam entri-entri di blog lain dan tidak menempelkan nama dan link blognya dalam ruangan chat. Memperbanyakkan komen dalam entri di blog lain akan menaikkan peluang blogger untuk komen di blog.


PR 3

Pengiklan biasanya mengiklankan produk mereka dalam blog yang mempunyai PR 3 dan ke atas. Susah sekali untuk masuk dalam PR 3. Biasanya blogger yang mempunyai blog Page Rank 3 jarang sekali untuk blogwalking. Jika kau tengok entri-entri di blog PR 3 pun, blogger biasanya akan cuba memanipulate entri tersebut supaya masuk dalam pencarian Google. Dalam erti kata lain, mereka akan mencari keywords yang agak hot dan membuat entri mengenai keywords tersebut. Aku tak tahu so jangan tanya..hehe.

Aku dengar cerita Technorati Rank lagi bagus. Sumber


PR 4 dan ke atas

Kalau di Malaysia, blog yang sudah masuk PR 4 sudah dikira otai. Otai kerana blognya sentiasa sibuk dengan kehadiran pengunjung. Blogger biasanya tidak akan melakukan blogwalking lagi. Link blognya bertukar dari subdomain blogspot ke domain .com, .org, .net dan sebagainya. Komen-komen dalam entrinya sentiasa mencecah 50 dan mungkin 100 ke atas. Ada juga blogger yang bertukar platform blog dari Blogger ke Wordpress.

Ok, sudah habis..hehe. Tu merupakan research yang aku buat la. Aku sebenarnya tak mahu ambil tahu sangat dengan Page Rank ni sebab aku dengar cerita Page Rank ni boleh dinaikkan dengan senangnya tanpa perlu blogwalking or mengomen di blog lain..hehe. Aku syorkan gunalah Page Rank tu sebagai saja-saja nak tengok blog kau popular ke tak di mata Google. Jangan terlalu serius dengan PR sehingga sanggup SPAM di blog orang. Tak baik tau..hehe.
Previous
Next Post »
6 Komen
avatar

eden dh tak tau blog eden PR nya berapa..

:D

Balas
avatar

cube tengok otai .blogspot.com kat dunia ni (entry dulu2) PR mereke berapa
hehe
sampai 8 pon ade
;)

PR dah berubah algo die
smkin susan nak paham

Balas
avatar

@ Nazra~

bulih cek kt loman web ni lobai..hoho~~
http://www.prchecker.info/check_page_rank.php

Balas
avatar

@ joegrimjow

yg smpai PR 8 klau xsilap aku blogger tu dr malaysia tp trkenal dlm dunia blog antarabangsa..
PR ni xpyh phm pn xpe..lgpn aku ade bce kt blog mne tah PR ni bleh naik even trafiknya rendah gile..yg tu ada caranye..hehe

Balas
avatar

alah pr saya bertukar kosong sudah..hahahaha

Balas
avatar

@ cikhel

dh cikhel brtkr domain..maka telur ayam la blk..haha

Balas