Acara Sukan di UTeM

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog. Ye, SUKMA sedang berlangsung dan bakal melabuhkan tirainya pada 19 Jun 2010. Aku tahu tidak ramai orang yang akan tahu SUKMA sedang berlangsung dan ada dia kisah bila SUKMA habis..hoho. So, semalam aku tinjau-tinjau di universiti tempat aku menuntut ilmu iaitu UTeM untuk melihat kemeriahan SUKMA 2010.


Acara di UTeM.

Ada tiga acara yang bertempat di UTeM iaitu wushu, ping pong dan memanah. Acara wushu dah lama tamat so yang tinggal 2 je.


Ping pong di Kompleks Sukan UTeM.

Ni lah tempat aku ambik exam final dulu. Sejuk woo dalam ni. Semua pakai sweater. Bayangkan kau menjawab soalan exam tanpa pergi mana-mana selama 2 jam setengah. Mau beku aku dalam tu.


Memanah di Padang UTeM.

Memanah di padang UTeM. Time aku tengah tengok memanah kategori ape tah, Kelantan lawan Sarawak untuk merebut pingat gangsa. Sengit. Sampai kena main tie break. Kelantan menang tipis dengan 27 points berbanding Sarawak 26 points. Tahniah Kelantan..hehe.
Previous
Next Post »
2 Komen
avatar

nih saya tgh beku lah nih kat sini..haishhh

Balas
avatar

wah bestnya depa buat acara sukan dlm U sendiri mcm tu, dpt lah tengok free ^______^

Balas